Setia hingga ke hujung nyawa, ini bukti kesetiaan seekor anjing kerana sanggup korbankan diri demi keselamatan pemiliknya di Amerika Syarikat.
Rambo, seekor anjing jenis German Sheppherd yang keluar mendaki Gunung Bierstadt di Colorado bersama pemiliknya, Jonathan Hardman telah disambar petir ketika mereka sedang turun dari gunung tersebut.
Jonathan bersama Rambo mendaki bukit tersebut bersama beberapa orang rakan Jonathan hendak turun selepas sampai di atas puncak, namun berakhir dengan tragedi yang menyedihkan apabila lelaki itu dan anjingnya telah disambar petir dan pengsan serta-merta.
“Saya sedang melatih anjing saya semasa turun untuk lompat di mana saya berdiri namun tiba-tiba saya tidak sedarkan diri dan terjaga dengan seluruh tubuh badan tidak boleh bergerak.
“Saya lihat Rambo juga sudah terbaring di permukaan tanah,” katanya kepada sumber.
Situasi yang sangat menyedihkan apabila Jonathan mula menyedari bahawa anjingnya yang setia itu sudah mati dan mendapat tahu Rambo telah berkorban untuk dirinya.
Dia mengalami kecederaan yang parah yang boleh meragut nyawanya namun doktor memberitahu Jonathan terselamat kerana anjingnya yang turut berada disitu telah menyerap kebanyakan tenaga daripada renjatan petir yang disambar itu.
“Doktor beritahu Rambo telah berkongsi renjatan petir itu kerana anjing tersebut berada di sebelah saya, jika tidak mungkin saya akan menampung keseluruhan renjatan itu,” kata Jonathan.
Jonathan ternyata terasa sangat terhutang budi kepada anjingnya yang setia itu dan berkongsikan kisah sedihnya itu di laman sosial.
0 comments:
Post a Comment