Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 5, 2015

NAJIB AMBIL TINDAKAN DALAM MASA TERDEKAT


Najib ambil tindakan dalam masa terdekat


Semenyih - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan tindakan lanjut terhadap pihak yang menyebar dakwaan dana RM2.6 bilion milik badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di dalam Program Iftar Rakyat Negeri Selangor di sini, hari ini.

"Saya merujuk tuduhan liar yang telah dibuat terhadap saya. Kononnya saya telah songlap ataupun curi RM2.6 bilion milik 1MDB dan masukkan duit tersebut ke dalam akaun peribadi saya.

Saya telah merujuk perkara ini kepada peguam-peguam saya. Peguam-peguam saya akan beri nasihat kepada saya mengenai apakah tindakan susulan dalam bentuk undang-undang dan sebagainya (yang boleh saya buat) dalam negara dan luar negara," katanya ketika ditemui pemberita di sebuah program di sini, hari ini.

Portal The Wall Street Journal pada Khamis melaporkan pihak yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Penyiasat didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit selepas mengeluarkan laporan berkenaan berdasarkan dokumen dari siasatan kerajaan yang diperoleh dari portal antarabangsa dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

"Insya-ALLAH saya akan buat keputusan dalam masa beberapa hari lagi. Akan ada tindakan lanjut yang akan saya ambil berhubung dengan dakwaan yang cukup jahat ini," katanya lagi.

0 comments:

share2