Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 6, 2015

ANGIN KENCANG BARAT DAYA DIJANGKA BERTERUSAN


Jabatan Meteorologi Malaysia


Kuala Lumpur - Angin kencang Barat Daya yang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata keadaan itu menyebabkan angin berkelajuan antara 40 hingga 60km sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti laut dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Kenyataan itu menyebut situasi yang sama juga berlaku di perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu.

0 comments:

share2