Shah Alam - Kemenangan kumpulan pro ulama dalam Pas diharap dapat membawa kepada agenda perpaduan dua parti politik Islam dalam negara ini.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, agenda perpaduan tidak semestinya dua parti ini bergabung membentuk kerajaan sebaliknya membawa kepada kedudukan agama dan bangsa pada tahap lebih tinggi.
"Lihat bagaimana kerjasama Pas dan Umno yang erat ketika banjir di Kelantan, apa yang dibuat kedua-dua parti ini untuk rakyat dan sokongan Umno Kelantan ketika Pas membentangkan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan baru-baru ini.
"Bibit_bibit kejayaan demi Islam dan Melayu itu telah berputik, oleh hal demikian pimpinan kedua-dua parti perlu mengambil peluang dengan membajanya agar lebih mekar," katanya kepada Sinar Online, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kemenangan pro ulama dalam Pas pada Muktamar ke-61 Jumaat lalu.
Dalam pemilihan itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekali lagi mengekalkan jawatan Presiden Pas selepas 13 tahun.
Jawatan Timbalan Presiden disandang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila penyandangnya Mohamad Sabu tewas.
Manakala Naib Presiden diwakili tiga muka baharu iaitu, Datuk Iskandar Samad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad.
Katanya lagi, persefahaman ini amat penting menjadikan ia sebagai tauladan dan penanda aras kedua-dua parti.
"Sekiranya parti Islam ini bertelagah, kita risau ada pihak yang akan mengambil kesempatan.
"Keadaan ini yang bimbang berlaku dalam negara," katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kedudukan wakil Pas dalam pentadbiran Selangor apabila usul Dewan Ulama yang meminta Pas memutuskan kerjasama dengan DAP, beliau berkata, mereka tidak perlu tergesa-gesa kerana usul itu hanya peringkat awal.
"Majlis Syura belum membuat ketetapan berhubung keputusan itu, tunggulah,...jangan tergesa-gesa.
"Biar badan tertinggi Pas itu buat keputusan dahulu," katanya.
0 comments:
Post a Comment