Zhejiang - Siapa sangka sungai yang kotor telah berjaya menyelamatkan nyawa?
Seorang lelaki berusia 48 tahun yang cuba untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai Zhejiang minggu lepas membatalkan niatnya kerana air sungai terlalu kotor dan kemudian berenang ke pantai semula.
Lelaki yang dikenali sebagai Liu, berasal dari daerah Pujiang di wilayah Zhejiang menjelaskan kepada polis bahawa dia mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana diisytiharkan muflis selepas peniagaannya menghadapi masalah kewangan.
Liu mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai Yiwu kira-kira 7.00 petang namun sebaik terjun dia kesal dengan keputusannya.
"Air ini begitu kotor dan berbau dan terlalu menjijikkan untuk ditelan. Saya tidak akan cuba untuk membunuh diri lagi," katanya dipetik Finance Gucheng.
Pihak polis tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada seorang pejalan kaki yang menyedari insiden itu.
Menurut pihak hospital, Liu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
0 comments:
Post a Comment