Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 2, 2015

NASARUDDIN TARIK DIRI TANDING NAIB PFRESIDEN

Nasrudin Hassan




KUANTAN - Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menarik diri daripada bertanding untuk merebut jawatan naib presiden parti itu dalam muktamar Pas yang akan diadakan hujung minggu ini.

Katanya, penarikan itu dibuat bagi memberi laluan kepada tokoh baharu yang lebih berkaliber untuk menggalas amanah berkenaan.

“Saya dengan segala rendah hati bahawa saya menarik diri daripada pencalonan naib presiden, kerana pastinya laluan wajar diberikan kepada figura yang lebih baik untuk menggalas amanah perjuangan ini di posisi tersebut.

“Selain daripada muka lama selaku penyandang, perwakilan mempunyai tokoh-tokoh baharu yang telah bersedia menerima pencalonan kawasan ke posisi penting ini,” katanya ketika ditemui wartawan di sini, semalam.

Nasrudin memberitahu, tokoh baharu yang dimaksudkan itu adalah Ahli Majlis Syura, Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat memaklumkan akan terus memberi sumbangan kepada parti, melalui jawatan yang dipegang sekarang, jika masih diberi peluang oleh perwakilan.

“Saya akan terus menyumbang bakti untuk jemaah ini, bagi menggerakkan tarbiyah, dakwah dan siasah secara berimbang dan sepadu sebagai jawatankuasa Pas Pusat, jika masih diberi kepercayaan oleh perwakilan di muktamar kelak.

“Saya berdoa dan berharap agar tindakan dan pilihan saya ini benar dan saya juga berdoa agar Pas akan terus hebat dan memiliki Izzah (kemuliaan) mendepani massa,” katanya.



0 comments:

share2