Gambar Hiasan
Rusia - Seorang lelaki maut selepas cuba memakan peranti elektroniknya, sebuat tablet pada Isnin lepas.
Menurut Sputnik News, laporan polis dibuat selepas seorang lelaki didakwa menimbulkan kekacauan dan kekecohan di sebuah kawasan perumahan di Partnas.
Polis mendakwa lelaki berumur 41 tahun tersebut membaling objek, termasuk perabot ke luar rumahnya.
"Lelaki tersebut yang tidak bekerja telah menentang polis dan berterusan berkelakuan tidak sopan dan cuba memakan cawan yang pecah dan peranti tablet miliknya," dipetik dari kenyataan polis tempatan.
"Pegawai polis di tempat kejadian terpaksa menghentikan tindakan lelaki tersebut.
"Lelaki tersebut pengsan dan maut sebelum ketibaan pegawai perubatan," jelas kenyataan berkenaan.
Jenis peranti tablet tersebut tidak dapat dipastikan dan polis masih menyiasat kejadian tersebut.
0 comments:
Post a Comment