Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 15, 2015

KUANTAN: PELAJAR TAHFIZ JADI IMAM MUDA DI AS SEMASA RAMADAN




Kuantan – Seramai lapan pelajar Maahad Tahfiz Pahang (MTNP) termasuk dua pelajar wanita dihantar ke Amerika Syarikat (AS) dan Australia untuk menjadi imam solat tarawih dan berdakwah sepanjang bulan Ramadan ini.

Enam pelajar lelaki akan menjadi imam di Sydney, Melbourne dan Perth, manakala dua pelajar wanita akan berada di Washington, Amerika Syarikat untuk berdakwah.

Mereka ialah Muhammad Fathullah Abdul Aziz, Norsyabani Al Amin Abdul Talib, Muhammad Shifaq Mohamed, Muhamad Hazim Shahrun, Muhammad Irfan Ishak, Muhammad Adam Faliq Abdul Ghani serta pelajar wanita Nurul Juwairah Mahassan dan Nur Sakinah Amir Hamzah.

Pengarah Maahad Tahfiz Pahang, Datuk Zulkifle Ali Al-Hafiz berkata penghantaran pelajar berkenaan merupakan sebahagian daripada program praktikal dan strategi memperkenalkan MTNP di negara ini dan peringkat global.

“Mereka akan menjadi imam tarawih, memberi tazkirah, mengajar al-Quran, membaca khutbah dan sebagainya kepada umat Islam di sana.

“Pelajar wanita akan lebih memfokus kepada kelas al-Quran dan pendidikan fardu ain kepada rakyat Malaysia di Washington,” katanya.

0 comments:

share2