Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 29, 2015

SEMBILAN LAGI MAYAT DIKELUARKAN DARI KUBUR BESAR


Sembilan lagi mayat dikeluarkan dari kubur besar


Wang Kelian - Sembilan lagi beg dipercayai mengandungi cebisan mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dibawa turun daripada hutan Bukit Wang Burma di sini berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Anggota forensik Polis membawa turun beg berkenaan dari bukit yang menempatkan kem transit sindiket pemerdagangan manusia, pada kira-kira 8.40 malam semalam.

Kesemua beg itu kemudiannya dimasukkan dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sehingga jam 9 malam ini, sebanyak 13 mayat telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, pasukan forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am masih meneruskan operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat.

Media, menunggu sejak jam 4 petang di kaki Bukit Wang Burma bagi mendapatkan maklumat terbaharu siasatan penemuan kubur di hutan berkenaan.

Isnin lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangn manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar.

0 comments:

share2