Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 18, 2015

SAYA TIDAK AKAN UBAH HALUAN - ISYARAT TEGAS DS NAJIB

najib razak di selangor



“Biar Bumi Berkeping Dua, Namun Saya Tidak Akan Ubah Haluan”; begitulah tekad Perdana Menteri Najib Razak dalam menempuhi gelora gerakan dari mantan Perdana Menteri yang mahu beliau meletakkan jawatan.

Kata-kata Perdana Menteri itu memberi makna yang mudah, bahawa beliau akan terus memimpin kerajaan dan parti tanpa mahu tunduk kepada desakan Tun Mahathir. Rasional keputusan Perdana Menteri ini adalah berdasarkan apa yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir sendiri, iaitu selagi ahli parti memberi kepercayaan kepadanya, waima satu undi sekalipun, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri.

Apatah lagi, pendekatan transformasi politik Presiden UMNO Najib Razak adalah berpandukan demokrasi terbuka, dengan tidak lagi bergantung kepada sistem “undi bonus” dan “kuota” yang menyaksikan semua ahli berhak untuk bertanding sebarang jawatan parti. Itu belum diambil kira dari segi kebebasan akhbar, yang menyaksikan Perdana Menteri sendiri menerima kritikan di media massa dan media elektronik; sesuatu yang hampir tidak dapat kita melihatnya pada suatu ketika.

Atas dasar itulah, mandat dan kepercayaan yang telah diberi, maka Perdana Menteri Najib Razak akan terus mengepalai parti dan negara.

Sokongan Hadi Awang kepada Najib Razak mungkin ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. Namun, kini penulis menyedari bahawa keduanya berkongsi pengalaman yang sama, apabila cuba digulingkan oleh sekutu sendiri. Maka tidak hairanlah Hadi Awang memilih untuk menyatakan sokongan terhadap Najib Razak, atas dasar beliau dipilih sebagai Presiden dan Perdana Menteri melalui sistem yang adil dan demokrasi. Cuma, apakah sokongan ini juga membawa kepada isyarat “perpaduan”? Kita tunggu dan lihat

Selain mengupas isu berkenaan, Perdana Menteri juga mengambil peluang untuk menerangkan serba ringkas isu-isu semasa seperti isu pembelian tanah oleh Tabung Haji, 1MDB, GST dan juga BR1M.

Sewaktu menerangkan isu BR1M, para hadirin bersuara “tidak setuju” apabila Perdana Menteri mengutarakan cadangan untuk membatalkan BR1M dan serta merta mereka mengangkat tangan seraya berkata “setuju” apabila Perdana Menteri bertanya “siapa setuju teruskan BR1M?”.

Program “Sepetang Bersama Perdana Menteri” di Kelab Eksekutif Klang anjuran Mubarak ini dihadiri oleh kira-kira 2000 ahli UMNO, yang sebahagian besarnya adalah dari kalangan veteran UMNO.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Yang Dipertua Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Sebelum itu, di sebelah paginya pula, Perdana Menteri Najib Razak telah bersama-sama kira-kira 15 ribu rakyat Johor Darul Takzim, yang turut menyatakan sokongan mereka terhadap pentadbiran dan kepimpinannya.





0 comments:

share2