Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 1, 2015

#PRKRompin : KJ TURUN BERKEMPEN DI ROMPIN




Ramai yang tertanya-tanya kenapa Ketua Pemuda UMNO tidak datang ke Rompin setelah beberapa hari kempen PRK Rompin bermula sehingga ada yang beranggapan bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam kempen PRK UMNO disini.

Namun akhirnya semua terjawab apabila YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu hadir dalam Majlis Ramah Mesra bersama Jentera & Pengundi Gugusan Perantau Damai serta lawatan ke  PDM Felda Keratong 9 dan Penyerahan Peralatan Sukan kepada Persatuan-Persatuan Belia hari ini.

Kehadirannya menarik perhatian golongan muda yang bukan sahaja dari kalangan Pemuda UMNO bahkan anak-anak muda yang masih belum menyertai parti. Ramai menjangka kehadiriannya mampu meningkatkan undi golongan muda dalam PRK ini.





0 comments:

share2