Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 25, 2015

PEKERJA HOTEL LARIKAN DUIT


duit


Kota Bharu - Seorang pekerja sebuah hotel di sini, yang bekerja di bahagian dapur dipercayai melarikan wang daripada mesin wang tunai di kaunter pendaftaran, di sini, awal pagi Jumaat lalu.

Suspek menggunakan pemutar skru untuk membuka mesin tersebut dan melarikan wang tunai RM3,038 yang juga bayaran deposit pelanggan selepas membuat tempahan makanan di sebuah restoran di hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa yang mengesahkan menerima laporan berkata, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel terbabit mendapati, suspek mengumpil peti mesin wang tunai itu sebelum mengambil wang di dalamnya.

“Kejadian hanya disedari seorang pekerja hotel tersebut dan dia membuat aduan kepada pengawal keselamatan hotel itu selepas mendapati wang dalam mesin tunai berkenaan hilang kira-kira jam 2.45 petang.

“Hasil siasatan mendapati, suspek turut berpakat dengan pekerja lain untuk melakukan jenayah tersebut,” katanya.

Rohaimi berkata, daripada alamat diperoleh, suspek tinggal di Kampung Pauh, Badang, Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan orang ramai yang mengenali suspek diminta menyalurkan maklumat kepada polis.

0 comments:

share2