Bermula sekadar mengumpul duit syiling tahun kelahiran untuk dijadikan koleksi peribadi, akhirnya mendorong seorang pengusaha kedai makan menyimpan ratusan syiling lama dari pelbagai negara.
Anak peneroka Felda Jengka 14, Suhaimi Muda, 44, berkata, syiling yang dimiliki itu diperoleh dari keluarga, rakan terdekat dan kenalan yang mempunyai hobi sama sama ada diberi secara percuma atau melakukan pertukaran dengan syiling lain.
Menurutnya, terdapat sebilangan syiling tersebut dikatakan dijumpai di dalam gua yang menjadi tempat pertapaan dan beralih tangan sebelum berada di dalam simpanannya.
“Ketika usia awal 20-an dulu, saya sekadar suka sahaja simpan duit syiling pada 1971 kerana bangga ia dihasilkan di tahun kelahiran saya.
“Lama-kelamaan, ia jadi minat dan hobi sehingga kini memiliki koleksi syiling termasuk yang berusia lebih 300 tahun dahulu dengan pelbagai jenis dan rupa bentuk.
“Setiap syiling tersebut mempunyai nilai tersendiri dan membuktikan sistem wang dalam perniagaan telah lama wujud antara negara melalui perdagangan,” katanya.
Suhaimi berkata, dia berhasrat untuk menjual kesemua koleksi syiling berkenaan agar terus dimiliki oleh mereka yang mencintai khazanah barangan lama.
Menurutnya, walaupun terdapat individu yang menyatakan keinginan membeli wang tersebut sebelum ini namun dia terpaksa menolak apabila mempunyai tujuan ke arah perbuatan khurafat.
0 comments:
Post a Comment