Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 28, 2015

ANAK KEJAR AYAH DENGAN PARANG


PDRM


Kuala Terengganu - Seorang pemuda hilang pertimbangan dengan bertindak mengejar bapanya sambil memegang pisau selepas ditegur oleh bapanya dalam satu kejadian di Felda Cherul, Kemaman pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, bapa pemuda itu yang merupakan seorang peneroka terdengar anaknya telah bertengkar dengan ibunya di kediaman mereka.

Katanya, bapa yang berusia 51 tahun telah mendekati dua beranak itu sebelum mendapati anaknya mengamuk dengan mengugut untuk merosakkan barangan di dalam rumah.

"Si bapa mendekati anaknya dan menasihati supaya tidak terus bertengkar dengan ibunya lagi. Namun tidak sangka disebabkan teguran itu anaknya terus naik berang dan bertindak di luar kawalan dengan memukul bapanya menggunakan batu-bata.

"Selepas itu, anaknya itu terus bertindak agresif dengan mengambil pisau dari dapur rumah mereka lantas mengejar bapanya sekeliling rumah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, kejadian itu dipercayai berpunca selepas permintaan pemuda berkenaan untuk mendapatkan wang tidak dilayan dan anaknya yang berusia 21 tahun itu bertindak memarahi ibu dan mengugut bapanya.

“Bimbang dengan keselamatan, bapanya telah membuat satu laporan polis dan pihak polis percaya ketika kejadian, pemuda itu berada dalam pengaruh dadah,” katanya.

0 comments:

share2