Semalam, selepas mendengar pengumuman pengenalan calon di Muadzam Shah, Tok Awang memandu kereta Proton Saga model lama Tok Awang ke bandar Rompin. Saja nak jumpa kawan-kawan lama sambil 'mengeteh' sambil makan roti canai di restoran sebelah Hotel Kencana.
Tok Awang tak minum teh sebab nak jaga badan, maklumlah dah pencen dan berumur ni, semua kena jaga... gula.. kolestrol... berat badan... Macam jaga kereta proton Saga Tok Awang tu juga... repair sini .. rosak sana.. repair itu.. rosak ini. Tak apalah, nak buat macam mana? Barang dah uzur dan dah nak 'expired' dah.
Dari meja sebelah, Tok Awang dengan ada perbincangan berkenaan calon PRK Rompin ni. Ada seorang India tu tanya kawannya seorang Melayu siapakah calon PRK. Bila dijawab calonnya adalah Dato' Hassan, dengan gembiranya si India itu kata baguslah... dia orang baik.
Nampaknya pencalonan Dato' Hassan ni boleh diterima oleh banyak pihak, bukan saja orang lama seperti Tok Awang ni, bahkan oleh orang muda juga serta dari berbagai bangsa.
Dah tentu 'respon' begini tak menghairankan sebab Dato' Hassan bukan orang baru di Rompin. Selain dari beliau anak tempatan beliau juga bekas Adun Ibam dan bahkan mantan Timbalan Menteri Besar Pahang pada suatu ketika. Beliau juga pernah menjawat Ahli Majlis tertinggi UMNO.
Tok Awang rasa, untuk meraih kemenangan bagi BN dalam PRK nanti bukanlah satu masalah besar kerana walau siapapun calon yang akan menentangnya beliau pasti akan mampu memenangi hati rakyat, cuma cabaran beliau sekarang adalah untuk memenangi dengan undi yang lebih banyak bagi meneruskan momentum yang Allahyarham Tan Sri jamaluddin Jarjis mantan Ahli Parlimen sebelum ini.
Perjuangan pembangkang di PRK ini nanti bukanlah untuk memenangi pilihan raya ini kerana mereka juga pasti sedar adalah tidak mungkin bagi mereka untuk meneng di kubu kuat BN ini. Apa yang cuba mereka lakukan hanyalah untuk mengurangkan jumlah undi yang akan dikutip oleh BN sebagai bahan propaganda mereka bahawa kononnya BN sudah tidak diterima lagi oleh Rakyat.
Hakikatnya, perjuangan pembangkang sudah semakin tidak relevan kerana kerajaan BN masih mampu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat diseluruh pelusuk negara sedangkan pembangkang hanya gah dengan retorik serta janji-janji yang tidak pernah dapat mereka tunaikan selama ini.
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment