Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 3, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : GST - GAGAL TANGANI KENAIKAN HARGA ?



Hari ke-3 perlaksanaan GST. Terdapat banyak rungutan awam di media sosial terutama fb yang Tok perhatikan. Rata-rata tak puas hati terhadap perlaksanaannya. 

Memang ramai yang masih tak faham mengenai GST ini walaupun sudah banyak kali diberikan penerangan mengenainya. Susah juga nak Tok katakan kenapa setelah sekian lama sebelum ini masih ramai yang tak peduli mengenai perlaksanaan GST.

Tetapi memang dah jadi lumrah sikap kita untuk menunggu saat-saat akhit. Sama macam menerima bil letrik umpamanya, selagi tak sampai surat merah, kita buat-buat tak tahu saja. Bila pihak TNB datang untuk membuat pemotongan, baru kita kelam kabut tak tentu arah.

Pada pemahaman Tok Awang untuk penjelasan mudah adalah begini; 

GST adalah sistem percukaian untuk menggantikan sistem lama yang dikenali sebagai SST. Dengan GST harga barang sepatutnya lebih murah kerana cukai yang dikenakan hanyalah 6% berbanding dengan 16% bagi cukai SST. Begitulah apa yang bapak-bapak menteri serta pihak kerajaan terangkan.

Kenapa cukai SST 16%? 10% adalah cukai barangan dan 6% cukai perkhidmatan yang dipakejkan bersama. Dengan GST, cukai barangan hanya 6% dan tiada cukai perkhidmatan dikenakan. Oleh itu sepatutnya harga barangan memang jadi lebih murah.

Namun yang menjadi tanda-tanya dan ketidakpuashatian rakyat adalah, setelah perlaksanaan GST kebanyakan harga barangan dijual lebih mahal. Kenapa ini berlaku berlaku? Apakah peniaga tidak faham mengenai sistem percukaian GST ini? Apakah peniaga tidak diberikan penerangan jelas mengenainya sehingga mereka lakukan kesilapan dan kesalahan?

Soalan lain ialah apakah kemampuan pihak kerajaan dalam memantau harga barangan selepas perlaksanaan GST dan apakah tindakan yang pihak kerajaan telah serta dapat lakukan? Kononnya kerajaan tidak cukup kakitangan bagi menguatkuasa kawalan harga. Jika sudah sedar tidak cukup kakitangan untuk melaksanakannya kenapa tidak ditambah atau ditangguhkan?

GST sudah lama diperkatakan, sejak Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan lagi beliau sudah berhasrat untuk melaksanakannya. Pada ketika itu Anwar menganggap GST adalah percukaian yang baik untuk negara kerana beliau masih Menteri Kewangan. Sudah tentulah bila dia tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan dengan mudah dia menganggap GST tidak wajar dan membebankan rakyat.  Perlakuan demikian tidak menghairankan bagi sesiapa yang hipokrit.

Yang kerajaan mesti lakukan dengan tegas adalah harga barangan mesti dijual lebih rendah dari sebelum ini kerana taarif cukai yang lebih rendah kepada peniaga. Jika barangan masih dijual lebih mahal maka sememangnyalah GST ini membebankan rakyat.

Kenapa peniaga menjual barangan lebih mahal sedangkan sepatutnya lebih murah? Jawapannya adalah kerana mereka ingin meraih untung lebih besar. 6% cukai yang dikenakan dalam sistem percukaian GST sebenarnya siapakah yang perlu membayar? Peniaga atau Rakyat? Jika frakyat yang membayar bermakna peniaga tidak membayar apa-apa cukai kepada kerajaan. Apa yang berlaku kini adalah cukai 6% itu diletakkan kepada rakyat. \\

Tok Awang memang sokong GST kerana sebelum ini memang ramai peniaga yang menipu dan tidak membayar apa-apa cukai kepada kerajaan dan itu membuatkan kerajaan kehilangan sumber penbcapatan. Peniaga berniaga dan membuat banyak keuntungan, memang wajar mereka dikenakain cukai, namun jika bagi tujuan mengelakkan membayar cukai yang sepatutnya mereka bayar dan mengenakannya kepada rakyat, sudah tentu rakyat akan marah.

Kerajaan gagal tangani kenaikan harga barangan! Inilah yang peniaga lakukan dan inginkan. Rakyat marah kepada kerajaan dan akan menukar kerajaan yang mereka sokong dan yang akan memberi mereka lebih suara dan kuasa. Kerajaan yang kuasanya tidak lagi didominasikan oleh orang Melayu. Untuk sebuah kerajaan baru yang agama Islam bukan lagi agama resmi, raja-raja Melayu juga hilang kuasa dan tidak lagi dihormati dan dimana orang Melayu akan dipinggirkan di tanah air sendiri.

Tok Awang Selampit.






0 comments:

share2