Tok Nan mengulas mengenai Pilihanraya Kecil Rompin dalam satu sidang medianya di Swiss garden semalam. Katanya adalah lebih elok jikalau Pas tidak bertanding dalam PRK tersebut sepertimana yang dilakukan oleh UMNO dalam PRK Cempaka dulu.
Jika UMNO boleh tidak meletakkan calon dalam PRK Cempaka atas alasan menghormati allahyarham Nik Aziz yang banyak berjasa kepada rakyat dikawasannya selama ini, kenapa pula Pas tidak boleh melakukan yang sama bagi mengenang jasa dan menghormati ketokohan allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis di Parlimen Rompin.
Allahyarham Tan Sri jamaluddin Jarjis telah diizinkan Allah menjadi Ahli Parlimen Rompin selama 6 penggal, sejak 1990 sehingga 2013. Jika diukur prestasi beliau melalui keputusan pilihanraya, ianya adalah cemerlang.
Majoriti undinya meningkat; 9,350 tahun 2004, 10,679 tahun 2008 dan 15,114 tahun 2013 lalu. Tidak syak lagi bahawa beliau memang diterima baik oleh pengundi Rompin dan kepimpinannya sudah berakar umbi disana.
Banyak pihak melihat bahawa Pas tidak membuat pencalonan di P091 Rompin adalah satu tindakan bijak kerana untuk memenangi kerusi berkenaan bukannya mudah. Selain dari Pas dapat selamatkan maruahnya dengan tidak kalah dalam pemilihan berkenaan ianya juga dapat menambah rasa hormat rakyat kerana memberi laluan kepada UMNO meneruskan khidmatnya, juga sebagai membalas budi. Apalah maknanya bertanding hanya untuk menerima kekalahan yang sudah diketahui?
Lebih dari itu, ini akan dilihat sebagai permulaan kepada penyatuan Melayu serta membuka ruang lebih luas untuk Pas dan UMNO berjalan seiringan dan kembali menyatu. Apapun segalanya terletak ditangan Pas dan Presidennya Dato' Hj Hadi Awang sama ada memilih keppolitik parti Pas atau memilih penyatuan ummah dengan mengizinkan pas dan UMNO bersatu semula.
Sudah pasti DAP dan PKR tidak akan bersetuju dan menentang sama sekali, tetapi siapalah Pas disamping DAP dan PKR selama ini? Kita harus berjiwa besar dan melihat perpaduan ummah lebih utama. Pas dan UMNO sama-sama perjuangkan Islam. Sudah banyak yang UMNO lakukan demi mengangkat martabat agama Islam selama ini sedangkan PKR dan khususnya DAP terang dan nyata menentang Islam dalam banyak tindakan mereka. Haruskah Pas terus mengikut telunjuk mereka?
Antara PRK Cempaka dan Rompin, kita lihat kemana arah tuju Pas sebenar? Perjuangan Islam sebenarnya dan utamakan perpaduan ummah atau masih setia mengikut telunjuk penentang Islam?
Tok Awang Selampit.
Tok sah mimpi lah Tok Nan oiiiiii. Kalau PAS-piss-pusssy ni ahli dia maanusia Islam tak apa lah, Le ni ahli nya kebanyakan nya 'KELDAIAN' P'Gay'R dan DAPpigs dgn ugama 'Isle' dia tinggalan arwah nya Pok Nik....biaq pi lah depa nak tarok calon...yang penting nya BN lawan habis2an....