Kuala Lumpur - Usaha memperluas kawasan pencarian di Lautan Hindi membuktikan Malaysia dan pasukan pencari tidak akan mengangkat bendera putih dalam mendapatkan apa jua petunjuk keberadaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilapor hilang hampir 400 hari lepas.
Walaupun sehingga kini tiada sebarang petunjuk dan secebis maklumat tentang lokasi sebenar pesawat yang dilapor berakhir di Lautan Hindi itu, usaha pencarian melibatkan tiga negara; Malaysia, Australia dan China tetap akan diteruskan.
Semalam, Malaysia melalui Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pasukan pencari akan memperluas kawasan pencarian ke peringkat fasa kedua pencarian membabitkan kawasan 60,000 kilometer persegi lagi jika pencarian di lokasi ketika ini tidak membuahkan hasil.
Beberapa pakar penerbangan memberitahu Bernama, tindakan hasil kesepakatan itu memberi isyarat jelas bahawa pasukan pencari bukan ingin memberi kelegaan dan harapan kepada sesetengah pihak tapi tanda komitmen teguh menyelesaikan misteri terhebat dalam sejarah penerbangan dunia ini.
Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, tindakan tersebut adalah prosedur biasa bagi setiap operasi mencari dan menyelamat yang bukanlah tugas mudah.
"Tidak ada sesiapa pernah melakukan pencarian di kawasan yang sangat terpencil itu. Untuk mencari objek bersaiz 1,400 meter persegi di kawasan seluas 60,000km persegi yang bersamaan 6,000 juta meter persegi, pada kedalaman lebih kurang 6,000 meter, ia bukanlah tugas yang mudah.
"Sekarang ini pun pencarian bagi fasa pertama masih belum lengkap 60,000km persegi, apa yang boleh saya katakan, kerajaan sangat baik hati kerana sanggup memperluaskan kawasan pencarian jika pesawat MH370 masih belum ditemui setelah fasa satu lengkap nanti," kata bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia itu.
Katanya, walaupun berhadapan keadaan yang sukar seperti ombak besar dan dasar laut di selatan Lautan Hindi mempunyai lurah dan bukit bukau, namun operasi itu harus diteruskan bagi memastikan semua pihak berpuas hati.
"Kalau sudah tahu posisi pesawat contohnya macam kes Air France, cebisan pesawat dijumpai, tapi itupun mengambil masa dua tahun untuk ditemui. Dalam konteks MH370 ini hanya berpandukan kepada pengiraan Inmarsat, itu pun belum tentu tepat sangat.
"Jadi bila sudah buat pencarian dalam sesuatu kawasan dan tidak jumpa, ia perlu diperluaskan," katanya.
Pesawat 447 Air France itu terjunam ke Lautan Atlantik di perairan Brazil ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris pada 1 Jun 2009, mengorbankan kesemua 228 penumpang dan anak kapal.
Sementara itu, bekas Ketua Juruterbang MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, adalah amat wajar jika operasi pencarian fasa satu yang berakhir pada Mei nanti diteruskan ke fasa dua.
Ditanya mengenai keadaan pesawat tersebut jika benar ia telah terjunam di Lautan Hindi, beliau menjelaskan, dari segi ketahanan dan kalis air, buat masa ini pesawat masih dalam keadaan asalnya.
"Ia masih kekal seperti sebuah pesawat kerana logam-logam yang dipakai tidak mudah berkarat dan pecah walaupun berada dalam air laut.
"Tengoklah kapal Titanic walaupun dibina daripada besi yang tidak secanggih pesawat terkini seperti pesawat MH370 jenis Boeing 777-200ER , strukturnya masih kekal walaupun sudah tenggelam 100 tahun ... masih ada bentuk. Mutu logam pesawat ini (MH370) adalah berasaskan aluminium, komposit, ia memang kukuh," katanya.
Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universti Kuala Lumpur (UniKL), Kapten Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian pula mempunyai pandangan berbeza iaitu pesawat yang berada dalam lautan pada masa yang agak lama iaitu 400 hari akan mengalami pereputan.
"Tekanan di lautan dalam amatlah tinggi dan tekanan yang berterusan pada pesawat tersebut akan mengakibatkan struktur pesawat mengalami keretakan dan beberapa komponen pesawat mungkin terurai daripada fuselag pesawat.
"Air masin juga akan mengakibatkan pesawat mengalami kekaratan dan pereputan dan ini amatlah mendadak kerana pesawat terdedah pada masa yang agak lama terhadap air masin," katanya.
Ketika ini, fasa pertama misi pencarian MH370 yang bermula pada Oktober tahun lepas dijangka selesai menjelang akhir bul`an ini dan fasa kedua dijangka bermula selepas fasa pertama tamat dan akan diteruskan sehingga akhir tahun ini.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi, yang dalam perjalanan ke Beijing hilang daripada imbasan radar selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas.
Pada 29 Januari tahun ini, kerajaan mengisytiharkan MH370 kemalangan dan semua penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.

0 comments:
Post a Comment