Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 3, 2015

TERIMA PANGGILAN GST SETIAP 5 MINIT


Terima panggilan GST setiap 5 minit


Kuala Lumpur - Pusat Gerakan Antipencatutan (PGAP) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan secara purata menerima panggilan telefon daripada orang ramai setiap lima minit bagi bertanyakan hal GST.

Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan, Muez Abd Aziz berkata, selain itu orang ramai juga menyalurkan maklumat terhadap peniaga yang mengenakan GST namun, gagal memberikan resit dan memaparkan nombor pendaftaran GST.

"Sehingga jam 3 petang tadi (semalam), PGAP KPDNKK Wilayah Persekutuan menerima 286 aduan, dengan 51 pemeriksaan dilakukan terhadap premis perniagaan yang dilaporkan orang ramai.

"Manakala dalam tempoh itu, tindakan telah diambil terhadap peniaga dalam dua kes dan empat premis perniagaan telah diberikan notis tunjuk sebab," katanya.

Penubuhan PGAP oleh KPDNKK bertujuan memantau aduan orang ramai berkaitan aktiviti pencatutan semasa pelaksanaan GST yang bermula sejak 1 April lalu.

Muez meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat, pertanyaan dan aduan berkaitan GST ke PGAP yang beroperasi 24 jam sehari sehingga 15 April ini.

“Mereka boleh menghubungi talian hotline KPDNKK 1-800-886-800 atau secara terus kepada KPDNKK Wilayah Persekutuan di talian 03-40454471,” katanya sambil menambah PGAP turut dibuka pada Sabtu dan Ahad.

0 comments:

share2