Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 28, 2015

ROMPIN : #PRKRompin SHAFIE AFDAL SAMPAIKAN BANTUAN SARAHIDUP FELCRA ANAK ENDAU

Datuk Seri Shafie Afdal bersama Adun Tioman 
dan Dato' Hasan (Calon BN PRK Rompin)


Oleh Zainal Shamsudin

Kuala Rompin, 28.4.15 - 779 peserta FELCRA Berhad Projek Tanam Semula Kawasan Anak Endau Rompin menerima Bantuan Sarahidup berjumlah RM 1,056,244.00 sebagai penampung keuntungan projek selepas pokok ditebang. 

Mereka menerima antara RM500.00 hingga RM1,600.00 mengikut keluasan tanah yang dimiliki. Ia merupakan bantuan yang diberikan kepada peserta FELCRA BERHAD bagi projek-projek yang telah bermula untuk tanam semula sementara menunggu hasil dapat dikeluarkan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Afdal yang merasmikan Majlis Mesra Pemimpin bersama Rakyat di Rompin berkata, selepas di korporat pada 1997, FELCRA BERHAD telah mengagihkan sejumlah RM 1.37 Billion kepada 14,428 peserta seluruh Pahang. 

Dalam perancangan Rancangan Malaysia ke 11 pula. Kementeriannya akan turut menumpukan kepada pembangunan insan selain meneruskan pembangunan fizikal yang sedang dijalankan sekarang.

Projek pemgbangunan insan adalah bagi memenuhi pembangunan fizikal agar anak anak peserta akan dapat memenuhi peluang pekerjaan dan pentadbiran yang wujud daripada pembangunan FELCRA.

FELCRA juga tidak melupakan bantuan kepada pendidikan anak-anak peserta dan golongan OKU di kalangan mereka.




DS Shafie dan Dato' Hassan senyum dan ramah 
melayan sapaan hadirin

Dato' Hasan tekun dan prihatin mendengar luahan hati rakyat

 Mesra dengan anak salah seorang peserta

Dato' Hasan tetap mesra dengan sesiapa saja



0 comments:

share2