Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 28, 2015

BERA : TRIANG PERLU 10 UNIT RUMAH PPRT

Perlu 10 unit rumah PPRT



Sekurang-kurangnya 10 rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) diperlukan bagi membantu 10 keluarga dalam kalangan masyarakat India yang berada di paras kemiskinan tegar di sekitar Triang.

Pengerusi MIC Bahagian Bera, Senator Datuk R Goonasegaran berkata, perkara ini sudah dibincangkan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sri Buntar namun masih belum menerima sebarang maklum balas sehingga kini.

“Kalau boleh, kita mahu orang India yang hidup pada paras kemiskinan juga diberikan keutamaan bagi membolehkan mereka mendapat bantuan rumah PPRT ini.

“Tidak kira sama ada di tapak Taman Mesra Rakyat, ataupun di kawasan lain, asalkan mereka boleh menikmati bantuan itu demi meneruskan kehidupan mereka,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Emas Berumur 70 Tahun Ke Atas, di Taman Triang Maju, dekat sini.

Seramai 12 orang menerima bantuan itu yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman.

Goonasegaran berkata, masyarakat India di daerah ini juga seharusnya terus diberi perhatian dan permohonan mereka untuk mendapatkan tapak bagi pembinaan kuil dan tanah perkuburan perlu diberikan kelulusan segera.

“Kami sudah lama memohon untuk mendapatkan tanah perkuburan dan tapak kuil. Tetapi sehingga kini perkara itu masih dalam perbincangan berikutan ia berkaitan dengan isu tanah.

“Jadi, selepas berpuluh tahun menunggu, kami mengharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diberikan kelulusan secepat mungkin memandangkan bilangan masyarakat India yang semakin bertambah di daerah ini,” katanya.





0 comments:

share2