Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 26, 2015

[ROMPIN] ISMAIL SABRI RESMI PERMUTUAN SEBENAR PADI DI TG GEMUK

                                                         
Dato' Sri Ismail Sabri berucap dan merasmikan program 
'Permutuan Sebenar Padi dan Amalan Rice Check 
Peringkat Kebangsaan Tahun 2005 
dan Penyelarasan Insentif Racun Makhluk Perosak'


Oleh Azam Abd Rahman

Tg. Gemok, 26.4.2015 - Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani melancarkan 'Permutuan Sebenar Padi dan Amalan Rice Check Peringkat Kebangsaan Tahun 2005 Dan Penyelarasan Insentif Racun Makhluk Perosak' di sini.

Turut hadir Dato' Hj Zainal Dahalan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Dato' Hj Md Rusli Ismail, Dato' Mohd Arif Ab Rahman. Turut hadir YB Dato' Shafik Fauzan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut Dato' Ismail, Kerajaan berbelanja besar untuk pertanian, sebanyak RM6 bil setahun. Dari jumlah itu RM2.2 bil dibelanjakan untuk pesawah-pesawah. 1/3 daripada peruntukan itu adalah berupa insentif.

Setiap pesawah mendapat insentif RM2,540 seorang sehektar. Ini tidak termasuk projek-projek infra yang dibina di sawah-sawah. 'Kalau kerajaan hari ini tak bertanggungjawab, lebih baik kerajaan mengimpot beras dari Siam yang lebih murah dan elok. Tapi kerajaan nak jaga kepentingan pesawah dengan menetapkan harga beras Siam / import lebih mahal berbanding beras tempatan' - katanya dalam ucapan beliau. 'Kerajaan kawal harga kerana nak jaga kebajikan pesawah dan rakyat. Jangan dengar sangat dakyah-dakyah pembangkang...' 

Dalam lawatannya ke kawasan 'Paya Setajam' sebelum itu dan memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan Rompin sebagai satu jelapang padi di Pahang khususnya. Yang demikian, kerajaan meluluskan skim pengairan Paya Setajam seluas 1850ha, skim pengairan Paya Sepayang 280ha, skim pengairan Paya Laka 640ha, skim pengairan Tebu Hitam 445ha, skim pengairan Paya Poteh 2000ha dan skim pengairan Kg Jawa Pantai 163ha yang keseluruhannya berjumlah 5378ha.

Peruntukan adalah RM38juta bagi daerah Rompin sahaja. Kerajaan akan menaiktaraf pam air, tali air dan lain-lain. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30juta untuk kerja infrastruktur pengairan sementara kerja-kerja menaiktaraf infra kawasan pengairan Paya Sepayang sebanyak RM5juta.

Skim pengairan Paya Laka / Kerpal diperuntukan RM3 juta untuk menaiktaraf rumah pam,jalan ladang dan lain-lain keperluan manakala bagi tahun 2016, peruntukan membina kawalan pasang-surut bernilai RM33 juta. RM54 juta skim Paya Petoh dan untuk pembangunan IADA Rompin sejumlah RM26.1 juta.


Menyampaikan sumbangan kepada pesawah

 Dalam sidang akhbar selepas perasmian

Berbual mesra bersama petani/pesawah







0 comments:

share2