Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 21, 2015

#PRKRompin: BN DIRAMAL KEKAL DI ROMPIN




Walaupun berdepan dengan pelbagai isu kenaikan harga barang dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menimbulkan kekeliruan rakyat, namun ia sedikit pun tidak mengubah sokongan rakyat terhadap parti itu.

Malah kebanyakan rakyat di negeri ini meramal BN kekal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin menerusi asas sokongan pengundi di kawasan berkenaan, namun peratusan dalam majoriti kemungkinan akan sedikit menurun.

Ishak Awang Hitam, 71, berkata kawasan itu merupakan kubu kuat parti BN dan sukar untuk ditembusi oleh Pas.

“Saya yakin pengundi di Rompin masih lagi mahukan BN memerintah kawasan parlimen itu dan agar sukar untuk Pas menang di Rompin.

“Ini kerana sudah ramai masyarakat di kawasan itu menyokong BN dan agak mustahil untuk mereka berubah,” katanya di sini, semalam.

Jelasnya, Pas akan mengalami kesukaran untuk menangi kawasan tersebut kerana masyarakat di kawasan itu sudah serasi dengan BN, malah calon yang diletakkan juga dikenali penduduk setempat.

Ishak berkata faktor calon juga memainkan peranan penting dan BN juga dilihat bijak dalam hal ini kerana meletakkan calon tempatan, malah Datuk Hasan juga pernah menerajui Pahang suatu ketika dahulu.

“Saya percaya beliau (Hasan) adalah calon terbaik bagi menggantikan arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis,” katanya.

Bagaimanapun, Ishak memberitahu majoriti undi kemungkinan akan berkurangan berbanding sebelum ini mungkin disebabkan ada segelintir anak muda yang tidak pulang bagi tujuan berkenaan.

Seorang lagi, Harun Abdul Rahman, 65, turut menyatakan pandangan sama dan yakin BN mampu mengekalkan kuasa mereka di Rompin kerana BN adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak rakyat.

Katanya berkata BN perlu menangkis pelbagai perkara yang negatif yang sedang dimainkan oleh pihak tertentu dengan sebaik mungkin.

“Rompin kubu kuat BN, tetapi segala kemungkinan boleh berlaku sekiranya BN tidak bersungguh-sungguh kerana banyak isu yang menimbulkan kemarahan rakyat. Jadi BN kena lakukan selalu bagi membolehkan Rompin tidak jatuh ke tangan,” katanya.

Tambah Harun, sekiranya BN menang majoriti undi yang diperoleh dijangkakan akan menurun dan tidak segah zaman Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu.

Harun memberitahu Allahyarham Jamaluddin berjaya menjadi Ahli Parlimen Rompin selama enam penggal bermula tahun 1990 sehingga PRU 2013 membuktikan yang masyarakat di kawasan itu percaya dengan kewibawaannya memimpin.

Bagaimanapun, katanya Hasan yang dicalonkan oleh BN juga mempunyai potensi besar untuk parti terbesar itu menang di kawasan berkenaan.

“Walaupun peratusan undi akan menurun, namun BN boleh menang kerana meletakkan calon tempatan. Malah Hasan merupakan calon terbaik yang saya lihat setanding dengan Jamaluddin kerana pengalamannya dalam bidang politik dan pentadbiran,” katanya.

Norhaimah Zainal Abidin, 50, pula berpendapat rakyat semestinya akan mengekalkan BN di kawasan Rompin kerana pemimpin BN yang banyak menabur budi dan jasa kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Saya yakin penduduk di Rompin sukar untuk menerima pemimpin lain selain dari Pas kerana itu merupakan kawasan kuat BN. Disebabkan itu Allahyarham Jamaluddin selama enam tahun berturut-turut mendapat sokongan daripada pengundi di sana.

“Malah Harun juga turut dipercayai oleh masyarakat Rompin kerana pengalamannya yang meluas,” katanya.

Beliau melihat sokongan padu turut diberikan bukan sahaja boleh pemimpin BN tetapi sokongan tidak berbelah bagi daripada rakyat di Rompin.


Sumber

0 comments:

share2