Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 23, 2015

PEKAN: BANTUAN TANDA PRIHATIN


Bantuan tanda prihatin


Bantuan yang diberikan kerajaan diharap dapat membantu penduduk yang berada dalam kesusahan.

Adun Peramu, Datuk Seri Sh Mohd Puzi Sh Ali berkata, kerajaan sentiasa prihatin dan tidak akan menyisihkan mana-mana pihak sekalipun berbeza ideologi politik.

“Bantuan yang dihulurkan ini melambangkan kesungguhan kerajaan membantu masyarakat dan ia seharusnya digunakan sebaik mungkin.

“Ia juga perlu diterima dengan penuh kesyukuran dan mereka yang masih muda dan kuat bekerja perlu mencari cara untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sekitar Dun Peramu, di sini.

Sh Puzi berkata, bantuan dari semasa ke semasa ini bertujuan memberi kekuatan kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan selain membuka peluang kepada mereka untuk mencari cara mengubah hidup masing-masing.

“Perubahan yang dilakukan membolehkan sesebuah masyarakat menikmati kemajuan dan pembaharuan yang akan mengurangkan masalah kemiskinan yang kian menghimpit terutamanya kepada mereka yang hidup serba kekurangan.

“Jika kita sendiri tidak mahu berubah, maka kehidupan yang kita lalui akan kekal sama dan akan terus diwarisi generasi kita yang seterusnya,” katanya.

Menurutnya, pelbagai bentuk bantuan yang diberikan merupakan modal yang diharapkan dapat membantu masyarakat memulakan kehidupan lebih baik.

0 comments:

share2