Pada tahun 1800-an, ada sebuah tanah di Deerfield Beach, Florida yang digunakan sebagai tempat pengebumian. Terdapat sekurang-kurangnya 300 hingga 400 mayat yang dikebumikan di sana, semuanya warga Amerika Syarikat keturunan Afrika.
Namun sekarang, tak ada lagi sisa jenazah di perkuburan itu. Mayat-mayat disana lenyap tak bersisa. Anehnya, tak ada yang tahu, siapa dan bila pemindahan dilakukan.
Berkenaan hal ini, dua kajian yang dilakukan pada tahun 1986 dan 2005 mengesahkan tak ada lagi mayat di perkuburan itu.
Seorang penduduk berusia 83 tahun bernama Benjamin Miller sangat yakin, di tanah itulah dulu para jenazah dikebumikan. Dia mengaku menjadi saksi sekurang-kurangnya 3 acara pengebumian di sana ketika masih kecil.
"Saya menyaksikannya dengan mata kepala saya sendiri. Saya adalah saksi hidup, "katanya seperti dipetik dari News.com.au.
Miller juga berkata, jika ada seseorang memindahkan mayat-mayat tersebut bererti mereka tak beritahunya, tak memberitahu ibunya atau ayahnya."
Apakah sebenarnya yang membuat jasad-jasad itu menghilang?
Sebahagian besar pihak menduga, pemaju hartanah yang mahu membangunkan perumahan di kawasan tersebut bertanggungjawab di atas kehilangan mayat-mayat.
Sebenarnya sengketa tanah perkuburan itu telah berlaku sejak tahun 1974, ketika rancangan pembangunan perumahan untuk kali pertama diungkap. Namun, rancangan kala itu dibantah para penduduk yang marah.
Datuk Bandar Jean Robb dari Deerfield Beach City Commission berkata, mayat-mayat yang bersemadi disana telah dipindahkan ke tanah perkuburan lain beberapa dekad lalu. Namun maklumat tersebut belum boleh disahkan kebenarannya. Di mana mereka berada pun masih misteri. Sementara nisan-nisan sudah dibuldozer sejak tahun 1974.
Dewan kota kini mempertimbangkan untuk membangunkan tempat tersebut sebagai kawan perumahan.
"Tak ada lagi jasad di sana," kata Datuk Bandar Robb. "Tak ada pembangunan di sana selama bertahun-tahun. Itu akan menambah senarai penyumbang cukai, kenapa kita membiarkannya kosong? "
Akan tetapi penduduk setempat tidak menyukai rancangan tersebut. Mereka menentangnya.
"Ayahku berkata, jika mereka membina perumahan di bekas tanah perkuburan itu, maka rumah-rumah tersebut akan berhantu. Roh-roh akan bergentayangan, dan mereka (pemaju) bakal menyesali apa yang telah mereka lakukan, "kata seorang nenek berusia 73 tahun.
0 comments:
Post a Comment