Bukit Kayu Hitam - Polis menahan seorang lelaki berumur 46 tahun yang menyamar sebagai anggota polis di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), di sini, semalam.
Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, dalam kejadian 2 petang itu, lelaki itu mengaku sebagai anggota polis berpangkat koperal dan bertugas di Kuala Lumour.
"Suspek yang memandu kereta mewah itu turut mempamerkan kad kuasa polis yang dipercayai palsu bagi mengelak ditahan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Kok Chin berkata hasil siasatan anggotanya mendapati suspek mempunyai isteri di negara jiran dan kerap berulang-alik ke negara jiran itu.
0 comments:
Post a Comment