Shah Alam - Sebuah perkongsian seorang pelayar laman media sosial Facebook memberitahu, beliau diganggu secara seksual oleh seorang lelaki yang tidak pasti kewarganegaraannya ketika berada di dalam LRT.
Menurut Sue, kejadian dikatakan berlaku di LRT Bandar Tasik Selatan pada jam 8.30 pagi, semalam.
"Aku tak pakai seksi pun...aku pakai baju kurung...baju nak pergi kerja...pun kena jugak," kata Sue.
Tinjauan Sinar Online mendapati, perkongsian tersebut mendapat perhatian serius pelayar wanita yang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan awam tersebut dan menasihati antara satu sama lain.
"Kalau KTM ada 'Ladies Coach...perempuan perlu guna yang itu," kata seorang pelayar.
"Mungkin LRT pun perlukan Ladies Coach. Kadang-kadang ada yang ambil kesempatan," kata seorang pelayar wanita.
0 comments:
Post a Comment