Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 14, 2015

JANGAN BUAT SPEKULASI INSIDEN LETUPAN DI SIBU JAYA


pdrm


Sibu - Polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden letupan yang mengakibatkan kerosakan di sebuah pangsapuri empat tingkat di Sibu Jaya dekat sini, awal Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi berkata, orang ramai tidak harus mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk tetapi membiarkan polis dan pihak berkuasa revelan menyiasat insiden itu.

"Kami tidak akan menyembunyikan sebarang fakta dan maklumat berhubung insiden ini dan biarkan kami menjalankan tugas," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Spekulasi timbul dalam kalangan orang awam selepas kehadiran pasukan penyiasat diketuai oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Sumber Strategik dan Teknoloji, Bukit Aman, Asisten Komisioner Muhammad Koey Abdullah.

Adalah dispekulasikan bahawa kejadian itu disebabkan oleh bahan letupan.

"Kes ini di bawah siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Sibu. Kami meminta bantuan Bahagian Persenjataan Bukit Aman (Unit Pemusnah Bom) untuk menyiasat dari sudut lain.

"Kami turut meminta bantuan Jabatan Kimia supaya tidak ada apa-apa yang tertinggal dalam siasatan ini," kata Mohd Kamal.

Menurut siasatan awal, punca kejadian dipercayai akibat kebocoran gas.

Kejadian pada jam 2.48 pagi itu menyebabkan bumbung sebuah unit rumah dan enam dinding di dua tingkat HDC Terrace Garden itu runtuh, menyebabkan lebih 12 penghuni mengalami kecederaan.

Atas soal keselamatan, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah menutup pangsapuri itu buat sementara, menyebabkan sejumlah 38 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Sibu Jaya manakala sembilan lagi keluarga tinggal bersama saudara masing-masing.

0 comments:

share2