Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 19, 2015

ISRAEL AKHIRNYA TUNDUK



Rami Hamdallah


Ramallah - Kerajaan haram Israel akhirnya terpaksa tunduk dan mengalah terhadap tekanan agar, memulangkan semula cukai yang dikutip untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) membabitkan ratusan juta dolar yang dibekukan rejim Zionis sebelum ini.

Terdahulu rejim Zionis bertindak sedemikian kerana membantah kepada tindakan Palestin untuk menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurut laporan AFP, Perdana Menteri , Rami Hamdallah memetik sebagi berkata , Israel berjanji dalam satu mesyuarat dengan pegawai Palestin untuk menyerahkan hasil kutipan cukai di antara Disember dan Mac yang bernilai setengah billion dolar.

Sementara menerusi laporan media Israel melaporkan, pemindahan wang 1.8 bilion shekel (RM1.6 bilion) akan dilakukan pada Isnin ini.

Penduduk Palestin sebelum ini mengancam untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa selepas Israel pada awal Januari lalu bertindak membekukan pembayaran kutipan cukai berkenaan sebagai tindak balas penyertaan Palestin dalam ICC.

Dana tersebut merupakan dua pertiga daripada jumlah belanjawan tahunan Palestin, tidak termasuk bantuan asing.

Rami berkata, apabila PA menerima dana tersebut, pihaknya akan membayar dahulu gaji 180,000 pekerjanya untuk bulan ini, yang sebelumnya hanya menerima 60 peratus daripada jumlah pendapatan mereka sejak Disember lalu.

“Tunggakan gaji tersebut juga akan dibayar secepat mungkin,” ujarnya.
 

0 comments:

share2