Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 18, 2015

AKSI DIANA DANIELLE BERCOLI...

Diana Danielle



Selepas beberapa lama tuan punya badan berdiam tanpa sebarang kenyataan, akhirnya pihak pengurusan aktres cantik Diana Danielle iaitu Prokuya Studios yang diwakili Fadzil Zahari tampil memohon maaf kepada semua pihak.

Ia ekoran dari kontroversi gambar artis naungan syarikatnya itu bercoli untuk sebuah majalah gaya hidup lelaki, sekitar awal Mac lalu dan bergaya seksi untuk sebuah lagi majalah gaya hidup.

“Sebagai wakil Prokuya Studios, saya harus memikul tanggungjawab ini, seterusnya membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat yang berasa tersinggung.

Kami berdiam diri bukan kerana ingin lari daripada memberi komen, tetapi mahu membiarkan keadaan reda terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan,” ujarnya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Akuinya, pihak pengurusan terlepas pandang akan gambar yang dirakam untuk keluaran kedua-kedua majalah tersebut.

“Ketika fotografi, saya atau kakitangan lain tiada di lokasi. Jadi kami tidak tahu apa yang berlaku hingga edisi berkenaan berada di pasaran.

Gambar itu kemudian membangkitkan kemarahan ramai yang membuatkan kami terpaksa menunggu hingga situasi reda”

“Saya juga tidak menyangka selepas itu muncul pula majalah kedua. Walaupun gambar itu tidak seperti yang pertama, ia sekali lagi membuat orang ramai tersinggung.

Pihak kami bukan sengaja mahu membakar lagi suasana dengan satu persatu kontroversi,” Fadzil yang juga merupakan adik kepada Farid Kamil, suami Diana.

Sementara Farid ketika ditemui Malaysian Digest baru-baru ini enggan mengulas mengenai kontroversi yang melibatkan isterinya itu sebaliknya sekadar berkata dia berasa terkilan atas apa yang berlaku.




0 comments:

share2