Kuala Lumpur - Seorang wanita tempatan berusia 40 tahun dibunuh selepas menyaksikan kejadian bunuh di hadapan sebuah pusat karaoke di Jalan PJS 8/13 di Sungai Way, dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata dalam kejadian kira-kira 1.25 pagi itu, tiga suspek lelaki pada mulanya menyerang seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun.
"Mereka menggunakan parang dan rantai untuk menyerang mangsa di kaki lima sehingga mati, dan ketika itu wanita tersebut melihat kejadian berkenaan.
"Wanita itu turut dibunuh," kata Azmi ketika dihubungi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai menjurus kepada dendam terhadap pemuda Indonesia itu.
Katanya, kedua-dua mayat berkenaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
0 comments:
Post a Comment