Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 22, 2015

TEMERLOH : HARGA PATIN SANGKAR NAIK 1 APRIL

ikan patin




Harga ikan patin sangkar akan dinaikkan bermula 1 April ini menjadikan harga runcit yang dijual di sekitar daerah ini kepada RM17 bagi setiap kilogram.

Seorang penternak ikan sangkar yang dikenal sebagai Mat, 30, berkata, kenaikan itu tidak dapat dielak berikutan harga makanan rumusan yang naik mendadak sejak dua bulan lalu daripada RM52 bagi setiap beg kepada RM57.

Menurutnya, kenaikan RM5 bagi setiap beg makanan ikan itu sangat memberi kesan kepada peniaga sekiranya masih menjual ikan patin sangkar pada harga lama. “Dalam keadaan pengusaha berhadapan dengan cuaca tidak menentu sekarang, makanan ikan yang dinaikkan
antara RM5 hingga RM6 mengikut jenama sudah tentu membebankan penternak. “

Masalah ini tidak dirasai bagi segelintir pemborong yang menjual ikan diternak, tetapi sangat memberikan kesan kepada kami yang menanggung risiko membela ikan.

“Kami harap penggemar ikan patin akan faham situasi semasa kenaikan disebabkan penternak menanggung kos makanan yang dinaikkan pembekal,” katanya.

Sekiranya harga ikan naik, penternak akan menjual ikan patin sangkar pada harga RM13 untuk jualan borong dan RM17 untuk runcit.




0 comments:

share2