Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 29, 2015

RUMAH KELUARGA HANNAH YEOH DIROMPAK


Hannah Yeoh Tseow Suan


Subang Jaya – Kediaman milik ibu bapa kepada Speaker Kerajaan Negeri Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan dipecah masuk lima lelaki bersenjatakan parang, di USJ, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, bapa dan adik lelaki kepada Adun Subang Jaya itu turut diikat suspek yang memakai topeng ski serta bersarung tangan.

Hannah Yeoh berkata, ibu, pembantu rumah, nenek saudara dan anak saudara perempuannya pula dipaksa menutup kepala masing-masing dengan selimut.

Beliau berkata, sebelum itu, adik lelakinya leka mengemas laman rumah sebelum kelima-lima lelaki terus menyerbu masuk dan mengacukan parang.

Suspek kemudian menggeledah keseluruhan rumah antara 15 dan 20 minit sebelum melarikan sejumlah wang tunai, barang kemas, pelbagai jenis minuman keras dan beberapa kotak sarang burung.

Penjenayah terbabit kemudian melarikan diri menaiki kenderaan yang tidak dapat dikenalpasti.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 11 pagi, sepasukan anggota bergegas ke rumah ibu bapa wakil rakyat itu untuk membuat pemeriksaan dan siasatan.

0 comments:

share2