Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 28, 2015

PERKASA MINTA POLIS SIASAT BERITA PALSU


Perkasa minta polis siasat berita palsu


Shah Alam - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor semalam turut membuat laporan polis terhadap tindakan sebuah portal berita bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya kerana menyiarkan berita tanpa sumber sahih.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, laporan polis yang dibuat kira-kira 6 petang itu dilakukan pihaknya kerana merasakan tindakan portal berkenaan adalah tidak bertanggungjawab.

"Selain itu, mereka seolah-olah menyalahgunakan kebebasan media dengan memberikan maklumat tidak benar serta memburuk-burukkan institusi beraja di negara ini.

"Kita tidak tahu apa agenda mereka mengeluarkan artikel yang tidak benar ini terhadap Majlis Raja-raja. Apakah mereka mahu mengaitkan institusi beraja dalam kancah politik di sebalik isu hukum hudud ini?

"Jika demikian yang ingin dilakukan mereka, penerbitan artikel itu mungkin adalah untuk memburukan insitusi berkenaan," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.

0 comments:

share2