Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 10, 2015

PERJANJIAN AIR: KHALID TERKEJUT KEPUTUSAN AZMIN


Abdul Khalid Ibrahim


Shah Alam - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa terkejut atas pengumuman tidak rasmi yang dibuat Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berhubung keputusan untuk menamatkan perjanjian air antara kerajaan negeri dengan Pusat.

Namun begitu, beliau memaklumkan tidak dapat mengulas lanjut soal keputusan itu ekoran kekurangan butir pengumuman.

"Kami sangat terkejut dengan pengumuman tidak rasmi yang dibuat Menteri Besar Selangor tentang tidak menyambung MoU antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

"Namun, butiran pengumuman terlalu kurang untuk kami memberi sebarang komen," katanya melalui kemaskini status terkininya di Facebook, semalam.

Semalam, Azmin memaklumkan bahawa Selangor tidak akan menyambung perjanjian air yang telah tamat ekoran kerajaan Pusat didakwa telah melanggar perjanjian penstrukturan semula industri bekalan air yang telah ditandatangani pada tahun lalu itu.

Menurut Abdul Khalid, kedua-dua pihak, negeri dan pusat perlu mencapai satu penyelesaian yang akhirnya akan memanfaatkan rakyat.

"Kami ingin mengulangi bahawa penstrukturan semula air yang bermula pada 2008 bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya secara peribadi percaya bahawa kedua-dua kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan mesti mengakui kesilapan dan bersetuju dengan satu penyelesaian yang akhirnya akan memanfaatkan rakyat," katanya.

0 comments:

share2