Shah Alam - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur malam tadi susulan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dibawa ke lokap Jinjang kira-kira jam 6.40 petang semalam. Difahamkan perintah tahanan reman akan dimohon polis hari ini. Mengikut Perlembagaan, polis boleh menahan mana-mana individu tanpa reman selama 24 jam.
Nurul Izzah pada asalnya hadir ke IPD Dang Wangi untuk siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan]
Beliau kemudian ditahan bawah Akta Hasutan susulan laporan polis oleh bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nurul Izzah diwakili peguam Sivarasa Rasiah.
0 comments:
Post a Comment