Bangkok - Lebih 50 penumpang cedera selepas dua buah kereta api bertembung di wilayah Ayutthaya, Thailand, semalam.
Kemalangan pada pukul 10.15 malam (waktu tempatan) itu berlaku apabila kereta api laju dari Bangkok ke Denchai melanggar bahagian belakang sebuah kereta api ekspres yang tidak bergerak.
"Daripada 52 mangsa cedera, enam orang dimasukkan ke hospital manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal," menurut pegawai kanan Kereta api Negeri Thailand, Thanongsak Kongprasert.
Difahamkan, dua mangsa kritikal adalah pemandu kereta api dan seorang juruteknik.
Dalam perkembangan lain, satu jawatankuasa khas yang ditugaskan merangka perlembagaan baharu Thailand meluluskan fasal bagi memberikan pengampunan kepada pemimpin pada rampasan kuasa tahun lalu.
Sumber dalam Jawatankuasa Penggubalan Perlembagaan (CDC) mengesahkan, ia mengambil masa kurang lima minit untuk meluluskan fasal semua artikel dalam piagam interim semasa seperti yang diarahkan junta.
Setelah siap, draf perlembagaan perlu diluluskan oleh junta selaku pemerintah negara sebelum disahkan di dalam referendum.
0 comments:
Post a Comment