Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 25, 2015

KUANTAN : PERASMIAN RUMAH KELUARGA DESA TENTERA DARAT SUNGAI PANCING


DS Hishamuddin ketika berucap


Oleh Hafiz Salleh


Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia hadir dalam satu Majlis Perasmian Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Desa Tentera Darat di Sungai Pancing, Kuantan pagi tadi.

Didalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada Bahagian Pembangunan Kementerian Pertahanan selaku pengurus projek perumahan berkenaan, Tentera Darat, Markas 4 Briged Mekanis serta semua pihak yang telah merealisasikan satu lagi projek RKAT di Negeri Pahang.

Selain Rumah Keluarga Angkatan Tentera Sungai Panching ini, tumpuan juga diberikankepada kepada Rumah Keluarga Angkatan Tentera untuk tentera laut di Sepanggar dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera untuk tentera udara di Labuan. 

Dato' Seri Hishamuddin juga memaklumkan kerajaan telah meluluskan sebanyak 10 projek pembinaan rumah keluarga baru di seluruh negara untuk Tentera Darat sama ada untuk menambah keperluan yang tidak mencukupi ataupun mengganti rumah keluarga yang telah usang dan tidak selamat diduduki. 

Kem-kem yang terlibat dalam projek ini adalah: Kem Oran, Kangar, Perlis. Kem Tok Jalai, Alor Setar, Kedah. Kem Bt Melintang, Jeli, Kelantan. Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan. Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. Kem Semenggo, Kuching, Sarawak. Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak. Kem Bt 10, Sibu, Sarawak. Kem Sri Miri, Miri, Sarawak. Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah 

Setakat ini pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah hampir RM1.1 bilion untuk pembinaan rumah keluarga baru ini. Justeru, beliau berhatap agar kesemua projek ini akan dapat disiapkan dalam masa 2 ke 3 tahun yang akan datang. 

Beliau juga menggesa Bahagian Pembangunan yang menguruskan projek ini bagi pihak Kementerian Pertahanan agar menumpukan segala usaha untuk melaksanakan projek ini sehingga selesai. Agensi pelaksana projek seperti Jabatan Kerja Raya dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) juga diharap supaya memastikan semua projek dapat disiapkan mengikut jadual, kos dan spesifikasi yang ditetapkan kerana kejayaan pelaksanaan projek ini bergantung kepada kolaborasi dam kerjasama erat pelbagai agensi, tambah beliau.


Bergambar kenangan






0 comments:

share2