Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 24, 2015

KUANTAN: PENGACARA BFM AKAN DIPANGGIL POLIS KUANTAN

Pengacara stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin yang menimbulkan kontroversi apabila memperlekehkan hukum hudud di Kelantan akan dipanggil dalam masa terdekat ini untuk direkodkan keteranganya.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, wanita berkenaan dipanggil berikutan laporan polis pertama yang diterima adalah di daerah ini membabitkan kes berkenaan.

Beliau berkata, siasatan dilaksanakan kerana menghina agama Islam sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai berikutan tindakan itu melampau dalam video bertajuk 'Hudud Isi Periuk Nasi' yang menjadi viral.

"Kita memang ada menerima laporan berkaitan video membabitkan wanita itu menghina hukum hudud dan akan meminta dia tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, dalam masa terdekat untuk proses siasatan.

"Siasatan akan dilaksanakan di IPD Kuantan berikutan laporan polis pertama yang diterima adalah di sini," katanya ketika dihubungi di sini. 

0 comments:

share2