Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 6, 2015

KTM KOMUTER TERGANGGU EKORAN KERJA NAIK TARAF


KTMB KTM


Kuala Lumpur - Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami gangguan atau kelewatan waktu perjalanan di antara laluan Segambut-KL Sentral-Salak Selatan sejak Isnin hingga 30 April depan.

Menurut KTM dalam kenyataan di sini hari ini, gangguan tersebut disebabkan kerja-kerja menaik taraf sistem persemboyanan yang sedang dijalankan di sekitar Lembah Klang bagi meningkatkan mutu perkhidmatan tren di masa hadapan.

"Dalam tempoh ini, perkhidmatan KTM komuter di kedua-dua laluan iaitu Batu Caves-Pelabuhan Klang dan Rawang-Sungai Gadut berkemungkinan akan mengalami kelewatan lima hingga sepuluh minit.

"Pembatalan perkhidmatan juga dijangka akan berlaku. Bagaimanapun, KTM akan sedaya-upaya meminimumkan gangguan atau kelewatan perkhidmatan tren ketika kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang KTM Berhad di www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan KTM melalui talian 1-300-88-5862 untuk maklumat lanjut.

0 comments:

share2