Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 30, 2015

#KITALAWAN: POLIS SERBU PEJABAT SU AGUNG PKR


rafizi ramli


Shah Alam - Pejabat Setiausaha Agung PKR di Petaling Jaya telah diserbu polis semalam dipercayai untuk membantu siasatan berhubung himpunan #KitaLawan.

Menurut maklumat awal dari Sekretariat PKR, kehadiran enam anggota polis ke pejabat itu bersama-sama Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang masih dalam tahanan reman.

“Enam anggota polis sedang menyerbu pejabat Setiausaha Agung PKR. Bersama mereka ialah Rafizi Ramli, Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR.

“Difahamkan mereka mahu mengambil bahan-bahan berkaitan himpunan #KitaLawan. Peguam yang bersama Rafizi ialah Manivanan Gowin,” kata kenyataan itu.

Jumaat lalu, polis menahan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan di Pusat Khidmatnya, Pandan Prima, mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan dikeluarkannya menggesa ahli parti keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan #KitaLawan.

Beliau kemudiannya disahkan ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

0 comments:

share2