Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 22, 2015

BUAT HUDUD, BUANG AGENDA PR


Veteran Umno Kelantan, Datuk Hassan Harun


Kota Bharu - Pas mampu berdiri sendiri dan fokus perjuangan serta kepentingan parti yang diasaskan, daripada terlibat dengan beberapa agenda PR yang tidak seiring perjuangan sebenar parti Islam itu.

Veteran Umno, Datuk Hassan Harun berkata, sebelum ini Pas didakwa terlalu terikat dengan PR sehingga melibatkan parti itu ke dalam arena perjuangan PR yang banyak mementingkan kuasa berbanding hak rakyat.

“Sebelum ini pun Pas memang sendiri, tapi akhirnya terikat dengan PR sehinggakan dalam isu terbaru (hudud) ini pun Pas masih dilihat terikat. Sampai bila Pas mahu memperjudikan nasib kepada PR?,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas mengenai bayangan Pas dalam PR selepas berjaya membentangkan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 Pindaan 2015.

Namun katanya, Pas mengambil langkah bijak Jumaat lalu dengan mengedarkan risalah mengenai pelaksanaan hudud kepada orang ramai bagi memberi penjelasan dan pemahaman mengenai usaha kerajaan Kelantan ke arah melaksanakan hukum Islam itu.

Lebih menarik katanya, risalah itu turut diletakkan gambar Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bersalaman, menggambarkan perpaduan utuh antara kerajaan negeri dan persekutuan tidak terhalang oleh parti yang dipimpin.

“Ini usaha yang jelas positif dan ia petanda baik, ALLAH SWT telah buat yang terbaik, inilah peluang yang ditunggu-tunggu rakyat Kelantan selama ini. Banyak skop yang perlu dilihat dalam kerjasama ini dan Pas perlu menilai dengan lebih bijak,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua 12 Adun BN di Kelantan yang menyokong pembentangan hudud pada Sidang Dun baru-baru ini dan menganggap tindakan tersebut wajar sebagai umat Islam yang patuh pada hukum ALLAH SWT.

Sumber

0 comments:

share2