Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 25, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : YANG BERSALAH, YANG MEMOHON AMPUN



Disaat-saat akhir tempoh permohonan tamat baru Anwar membuat permohonan dari Yang di-Pertuan Agong. Itupun bukan beliau sendiri secara peribadi tetapi melalui wakilnya... isteri dan anak-anak beliau.

Mungkin nanti mudah baginya menafikan bahawa dia tidak memohon pengampunan itu kerana dia tidak bersalah. Bahkan lebih jelas adalah bahawa beliau tidak memohon pengampunan kerana hanya yang bersalah sahaja yang akan memohon pengampunan.

Itulah Anwar Ibrahim... Si Licik dan 'Binatang Politik' yang semua orang sudah tahu bahawa beliau mempunyai lidah yang bercabang-cabang.

Beliaulah yang mengutuk UMNO Ketika  beliau sudah dibuang dari parti itu. Beliau menuduh UMNO mengamal politik rasuah, kronism dan nepotism ketika beliau sudah dihalau dari UMNO sedangkan ketika beliau masih didalam UMNO beliau sendirilah yang memulakan segalanya.

Anwar adalah seorang 'Political Animal' yang hipokrit yang mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara. Kepada Anwar, segalanya boleh untuk dirinya sedangkan perkara sama tidak boleh untuk orang lain.

Lihat sahaja sepanjang kes liwatnya, beliau mewar-warkan justic untuk Anwar, namun bagaimanapula justic untuk Saiful? Siapa yang menafikan ketelusan mahkamah sedangkan dalam masa sama menangguhkan sehingga 70 kali?  Siapa yang selama ini menghina institusi Raja?

Saiful berdiri dikandang dan menjawab segala pertanyaan dan dengan bersumpah tetapi siapa pula yang hanya berani berucap dan membuat penafian diatas-atas pentas ceramah politik?

Sebaiknyalah Anwar disimpan diam-diam agar tidak lagi berupaya menghuru-harakan negara. Anwar seorang pendendam dan berpegang dengan prinsip.. jika aku tidak dapat, biar tiada siapapun yang akan dapat.

Tok Awang rindukan hari-hari yang tenang tanpa huru-hara dan kacau-bilau ndengan tunjuk perasaan jalanan. Tok Awang inginkan kebahagian bersama anak dan cucu tanpa sebarang keresahan dan ketidak-tentuan masa depan negara. Tok Awang tidak mahukan Anwar atau sesiapa lagi yang sepertinya.


Tok Awang Selampit.

0 comments:

share2