Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 8, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : BERKENAAN HARGA BARANG



DS Ismail Sabri di hentam banyak pihak kerana program 'Jihad Turunkan Harga barang-nya'. Kita tidak terkejut kalau DAP yang akan cuba jadi juara masyarakat cina dengan melabelkan DS Ismail Sabri sebagai rasis kerana mereka sendiri sangat jelas sebagai ultra kiasu. Namun bila MAC juga ikut serta, kita jadi keliru dan tidak faham apa alasannya.

DS Ismail Sabri mengajak memerangi peniaga dan orang tengah yang kebetulannya majoriti orang cina dan bukan mengajak memerangi 'kaum' cina. Kenapa MCA mesti melatah? Apapun, tindakan itu mengiakan sesetangah pendapat bahawa DAP adalah 'tangan kiri' kaum cina sedangkan MCA pula adalah 'tangan kanannya'.

Segalanya adalah kerana harga barang yang tidak turun walaupun harga minyak sudah banyak turun. Ini jelas menunjukkan sikap peniaga yang hanya ingin memeras keuntungan semata-mata tanpa ada rasa tanggungjawab kepada masyarakat.

Dulu Rafizi Ramli menjerit-jerit mendesak kerajaan menurunkan harga minyak, konon bila harga minyak turun harga barang akan juga turun. Anwar Ibrahim juga dalam PRU lalu umumkan akan turunkan harga minyak sehari selepas Pakatan menang dan beloau jadi Perdana Menteri bagi menurunkan harga barang, namun apabila harga minyak telah turun berkali-kali dan keperingkat terendah, harga barang tidak juga turun.

Yang kita patut belajar dari ini adalah; 
1. Peniaga dan pemborong adalah golongan yang tamak dan memikirkan keuntungan samata-mata.
2. Ahli politik tidak berkuasa penuh terhadap golongan peniaga dan pemborong dan mereka tidak terikat dalam menentukan turun naik harga barang.
3.Kuasa pengguna adalah kuasa terbesar dalam menentukan harga barang. Pengguna perlu mengambil sikap mengawal pembelian. Beli hanya barang-barang yang benar-benar perlu dan beli di kedai-kedai yang menjual dengan harga patut. Boikot barang-barang dari peniaga yang menjuakl dengan harga mahal.

Orang tengah memainkan peranan besar dalam pernaiagaan. Mereka diibaratkan sebagai 'lintah darat' yang mangaut keuntungan berlipat ganda. Dalam struktur perniagaan orang Melayu di negara kita, kita ada pengeluar dan penjual, namun kita tidak ramai ada dalam kalangan pengedar dan pemborong. Kerana itulah bangsa lain bermaharajalela dan mengisi ruangan yang lompong itu.

Lama dulu kita ada kedai 'G-Mart' dibawah Pernas namun gagal kerana masalah pengedar dan pemborong yang mensabotaj perniagaan Malayu itu. Pekedai selalu mengadu tidak mendapat bekalan barangan yang mencukupi dan akhirnya kedai-kedai 'G-Mart' Pernas berkenaan terpaksa gulung tikar. Maka berjayalah golongan itu meguasai ekonomi.

Kini ada banyak rangkaian 'Kedai 1Malaysia'. Kita ada kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Buku 1 Malaysia juga. Harap kali ini kita akan berjaya memecahkan monopoli perniagaan hanya dari kalangan satu bangsa saja. Supaya nanti mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menaik dan menurunkan harga barang.

Tok Awang sedang cuba kawal pembelian untuk pecahkan monopoli kaum itu. Tok Awang ada polisi 'Buy Malays First'. Tok Awang juga tanam sayur sendiri untuk kurangkan penggantungan kepada orang lain. Alhamdulillah, kini walau dalam jumlah kecil, Tok Awang sudah mampu menjadi pembekal hasil tanaman seperti cili, serai, kunyit, kantan serta rebung buluh madu.


Bumi dan tanah bertuah ini adalah negeri Tok Awang. Segala yang disemai semuanya tumbuh subur. Tanamlah sesuatu supaya ianya memberi hasil kepada kita serta anak dan cucu.


Tok Awang Selampit.


0 comments:

share2