Lama Tok Awang tak menulis... maklumlah .. dalam usia emas begini ... Tok Awang selalu sakit-sakit.
Banyak yang berlaku dalam seminggu-dua ini. Namun yang terhangat dan jadi buah mulut masih lagi mengenai Anwar Ibrahim.
Baru beberapa hari didalam penjara, dah timbul cerita sedih bahawa Anwar digigit nyamuk. Demikian yang dikatakan oleh Wan Azizah untuk meraih simpati orang ramai.
Cuba kita tanya diri kita sendiri, apakah banduan lain tidak digigit nyamuk? Apakah nyamuk hanya mencari Anwar Ibrahim seorang sahaja untuk 'diliwati'? atau, apakah yang Anwar kehendaki sebenarnya? Apakah dia nk sebuah bilik yang lebih baik seperti sebuah hotel 5 bintang? Apakah dia juga berkehendakkan pelayan-pelayan? atau setidak-tidaknya seseorang yang akan jadi pembancuh kopi?
Apakah Anwar lupa bahawa dia adalah seorang banduan dan bukannya seorang biduan. Apa yang Anwar dapat ketika ini adalah tersangat baik berbanding dengan banduan-banduan lain, bahkan semasa masih lagi dalam perbicaraan, beliau menerima layanan yang tidak pernah diberikan kepada tertuduh lainnya sebelum ini.
Yang pasti dan yang patut kita ketahui adalah, Anwar adalah seorang hipokrit. Video klip dibawah ini dengan jelas menerangkan sikap Anwar sebenarnya.
Selain itu, Wan Azizah sendiri tahu apa aktiviti Anwar selama ini. Banyak cerita-cerita mengenai Anwar sejak di MCKK diulang-ulang oleh mereka yang mengetahui riwayat hidupnya. Mereka yang rapat dengannya memang mengetahui semua ini.
Kenapakah Wan Azizah pura-pura tidak mengetahuinya sedangkan tentunya beliau lebih arif dan terlebih lebih mengetahui.
Tok Awang terfikir bagaimana nanti hendak kita tulis sejarah mengenai bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan aktiviti sosialnya yang berkelainan. Bagaimana pula hendak kita tulis sejarah mengenai isterinya dan penderitaan yang ditanggungnya selama ini bersuamikan seorang yang berlainan keinginan nafsunya?
Tok Awang tidak tahu... tetapi tentulah yang merasanya akan lebih mengetahui.... berat mata memandang.. berat lagi belakang menahan...
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment