Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 25, 2015

TEMERLOH : ANAK CARI BAPA SAKIT MENTAL

Anak cari bapa sakit mental hilang


Seorang lelaki merayu orang ramai khususnya di Kelantan yang terserempak dengan bapanya seorang merupakan pesakit mental supaya dapat menghubunginya kerana bapanya hilang dari jagaan sejak empat hari lalu.

Rosli Abdul Ghani 41, berkata, bapanya Abdul Ghani Awang 69, hilang dari jagaannya ketika bersama dia membeli barangan keperluan di Pasar Pasir Putih, Kelantan empat hari lalu.

Menurut Rosli, bapanya kerap hilang ketika di bawah jagaannya di sekitar kawasan rumahnya di Felda Bukit Kepayang, Bera tetapi kebiasaannya berjaya ditemui semula.

“Ayah saya memang biasa hilang kalau dia berada di rumah, mungkin sebab ramai yang kenal dia dan boleh hantarnya pulang tetapi kali ini dia hilang di Kelantan.

“Selalunya kalau hilang di sekitar daerah Bera ini ramai yang mengenalinya dan akan maklumkan kepada saya tetapi kali ini hilang di Kelantan memang tidak ada siapa yang kenal dengannya,” katanya sewaktu menghubungi Sinar Harian semalam.

Rosli berkata, bapanya memakai baju batik berwarna merah, berseluar hitam ketika kali terakhir bersamanya dan biasanya berjalan dalam keadaan kepala menunduk.

Menurutnya, dalam keadaan sekarang dia bimbang bapanya akan membuka semua pakaian terutama sekali apabila tertekan selepas empat hari tidak pulang ke rumah.

Rosli berkata, minggu lalu dia ke Kelantan bersama bapanya atas urusan keluarga dan singgah di Pasar Pasir Putih untuk membeli beberapa barangan keperluan.

“Saya hanya terleka beberapa ketika sebelum bapa hilang dari jagaan. Sampai sekarang saya buntu memikirkan perkara ini, laporan polis telah dibuat di Pasir Putih pada hari kejadian,” katanya.

Rosli berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengannya di nombor 019-9721466.



0 comments:

share2