Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 8, 2015

MARAN: MAKAN, MINUM DITANGGUNG SETIAP HARI


Seramai 780 pelajar cemerlang UPSR dan terjejas banjir menerima bantuan wang tunai daripada Yayasan Pahang pada majlis tersebut di Dewan Arena YAM Tengku Muda Pahang.


Rasa selesa dengan makan minum ditanggung setiap hari menjadi antara faktor segelintir golongan muda culas untuk keluar mencari pekerjaan dan menganggur.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, sikap kurang kesedaran untuk memajukan diri sendiri itu amat dikesali malah ada yang lebih rela ‘makan tidur’ sepanjang hari di rumah.

Menurutnya, golongan muda perlu mengambil inisiatif menempuh alam pekerjaan meskipun bakal berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

“Semua orang mempunyai pengalaman sendiri sebelum dapat kerja atau sedang bekerja maka tiada boleh diterima jika ada yang kata, susah mahu dapat kerja.

“Tidak dinafikan kita akan berasa selesa dan senang hati apabila bangun tidur sahaja sudah tersedia makan minum.

“Tapi sampai bila mahu jadi begitu? Jangan mensia-siakan masa muda kerana masa berlalu dengan pantas dan jika tidak, kita akan menyesal pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dan bantuan pelajar mangsa banjir bagi Dun Luit, di sini.

Hadir sama, Adun Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi.

Ismail berkata, kesedaran untuk mencapai cita-cita dengan pekerjaan diimpikan perlu diterap dari peringkat sekolah agar pelajar memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran.

0 comments:

share2