Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 25, 2015

KUANTAN : DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

Dihukum gantung sampai mati




Seorang banduan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam, selepas didapati bersalah membunuh pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Gambang, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Faizal Mohd Yusof, 29, didapati bersalah membunuh Mohd Wiralieyzaan Ambiah, 31, di bilik tahanan nombor 4, blok A, Bilik Pemerhatian Triage, Puspen lebih kurang jam 7.50 malam, 3 Februari 2013.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Ketika menjatuhi hukuman, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga seorang penganggur telah menggunakan seutas tali berwarna putih untuk menjerut leher mangsa ketika bersama-sama berada di dalam bilik tahanan Puspen.

Sementara itu, tertuduh turut mempunyai rekod lampau dan kini sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan meliwat di pusat tahanan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Shamsudin manakala tertuduh diwakili Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.



0 comments:

share2