TS Muhyiddin, DSD Adnan, DS Ahafie - bersama
membangunkan rumah untuk mangsa banjir
Semalam (5 Feb 2015), Timbalan Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya ke Kg Aur Gading untuk melihat dari dekat keperluan mangsa dalam pasca banjir 2014.
TS Muhyiddin Yassin dan rombongan tiba di Sekolah Kebangsaan Batu Yon, Bukit Betong kira-kira jam 8.30 pagi dan kemudiannya melawat jambatan runtuh akibat banjir lalu di Sungai Tanum dan diikuti dengan lawatan ke tapak pembinaan 8 buah rumah dan tapak pembaik-pulih rumah oleh Giat MARA.
Timbalan Perdana Menteri kemudiannya berucap di Dewan Orang Ramai Kg Aur Gading sebelum membuat penyerahan bantyuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
Dalam ucapan beliau, TS Muhyiddin memaklumkan dalam bencana banjir 2014 lalu seramai lebih 700 ribu mangsa terlibat dan lebih 200 orang darinya adalah di Kelantan sementara 2,610 rumah hanyut atau musnah sama sekali dan sebanyak 10,000 rumah rosak.
Bagi rumah-rumah yang hanyut dan musnah sepenuhnya, pihak kerajaan akan membinja semula dengan kos RM48,000.00 manakala bagi yang rosak peruntukan diantara RM5,000.00 hingga RM10,000.00 disediakan. Segalanya adalah tanda keperhatinan kerajaan terhadap rakyat.
Bagaimanapun, menurut beliau kerajaan telah berjaya menangani bencana banjir dengan sangat berkesan. Yang terpenting adalah menyelamatkan nyawa mangsa dan berbanding dengan negara lain dan jumlah mangsa yang terlibat kehilangan jiwa yang kita alami adalah kecil ianya adalah petanda kejayaan kita.
0 comments:
Post a Comment