Seremban - Hanya kerana tidak dapat membeli rokok seperti diminta, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditumbuk, ditendang dan dilibas dengan tali pinggang oleh bapanya sendiri dalam kejadian di Taman Jujur, Sikamat, di sini, kelmarin.
Kanak-kanak malang itu bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas melarikan diri ke rumah jiran tidak jauh dari situ sebelum mengadu dirinya dipukul.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, mangsa sebelum itu diminta oleh bapanya yang berusia 37 tahun untuk ke kedai runcit bagi membeli dua batang rokok.
0 comments:
Post a Comment